Langkau ke kandungan

Profil

Profil Sekolah

STAR 1 beroperasi pada sesi pagi di tengah bandar Johor Bahru dengan moto “Kemahiran Asas Kehidupan”.

Pengenalan

Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 1 ialah sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor. Sekolah ini membimbing murid dari Prasekolah hingga Tahun 6 dengan penekanan kepada kemahiran asas kehidupan, sahsiah dan pencapaian akademik yang seimbang.

Menurut Buku Pengurusan Sekolah 2026, sekolah mempunyai 19 kelas aliran perdana dan satu kelas prasekolah dengan enrolmen 648 murid, disokong oleh 43 guru serta empat anggota kumpulan pelaksana. Sekolah ini bergred A dan bertaraf Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Identiti sekolah

Nama penuh
Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 1
Nama ringkas
STAR 1
Kod sekolah
JBB1001
Alamat
Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor
Daerah / PPD
Johor Bahru / PPD Johor Bahru
Lokasi
Bandar
Gred sekolah
A
Status
Sekolah Kluster Kecemerlangan
Sesi persekolahan
Sesi pagi sahaja
Luas kawasan
12 ekar (padang 3 ekar)
Cogan kata
Kemahiran Asas Kehidupan
“Kemahiran” meliputi semua aspek pencapaian ilmu pengetahuan dan pembentukan nilai-nilai intrinsik, manakala “Kehidupan” bermaksud kejayaan dalam cara hidup seharian dan kemakmuran negara.
Tag line
STAR ONE BEYOND EXCELLENCE
Ke arah sekolah berprestasi tinggi

Visi & misi

Visi KPM

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi KPM

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara

Wawasan sekolah

  • Kita akan menghasilkan produk yang tinggi kualitinya dan bernilai terbaik untuk memenuhi keperluan semua murid.
  • Kita akan mencapai hasrat di atas melalui aktiviti terancang dan bekerja dalam situasi yang dapat membina sepenuhnya bakat, menggalakkan usaha secara bebas dan mengekalkan sejarah sekolah dengan membuat kerja-kerja yang cemerlang dan bermanfaat.
  • Melalui kejayaan komitmen kita adalah diharapkan semua hasilan kita mencapai kepimpinan dan kedudukan di dalam masyarakat yang berilmu dan bahagia.

Matlamat sekolah

  • Melahirkan murid yang berpendidikan, berdisiplin dan berakhlak mulia sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Melahirkan insan yang berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, memiliki sahsiah seimbang serta bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
  • Melahirkan rakyat yang sentiasa mencapai kecemerlangan serta mempunyai jiwa yang harmoni, dinamis, kritis, kreatif dan sensitif terhadap perubahan.

Objektif sekolah

  • Mempertingkatkan prestasi murid dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
  • Mempertingkatkan kualiti pencapaian setiap mata pelajaran.
  • Melahirkan murid yang cintakan ilmu dan berdisiplin.

Barisan kepimpinan

Sesi 2026.

Guru Besar

En. Zulkiflee bin Miswan

Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Pn. Norle Azurale binti Mohd Nor

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn. Saliza binti Samshi

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

En. Mohd Khairishah Rizal bin Muhamad Yaakob

Ketua Pembantu Tadbir

Pn. Ruziha binti Othman

Sejarah sekolah

Sekolah ini berasal daripada Sekolah Bukit Zaharah (Bukit Zaharah Day School sebelum merdeka) yang dibuka pada tahun 1910 dengan menumpang di bangunan Sekolah Agama Bukit Zaharah, berhampiran padang Istana Besar Johor.

Sebuah bangunan sekolah didirikan di Jalan Abdul Rahman Andak dan mula digunakan pada September 1957 dengan nama Temenggong Abdul Rahman School Standard Type Primary (English). Semua murid Sekolah Bukit Zaharah dipindahkan ke sekolah baharu itu dan sekolah dirasmikan oleh Sultanah Johor pada 10 Oktober 1957.

Pertambahan murid menyebabkan sekolah cawangan dibuka pada tahun 1974 dengan menumpang bangunan SRK (Perempuan) Abdul Rahman Andak. Pada tahun 1981 bangunan induk dapat menampung semua murid dan cawangan tersebut diambil alih pihak lain.

Pada 1 Januari 1997, SRK Temenggong Abdul Rahman dipecahkan kepada STAR (1) dan STAR (2) dengan pentadbiran berasingan. STAR (1) terus menggunakan bangunan lama manakala STAR (2) menggunakan bangunan baharu, namun kedua-duanya berkongsi padang.

Mulai 17 Mei 2004, STAR 1 berpindah ke bangunan baharu iaitu tiga blok bangunan empat tingkat serta sebuah bangunan kantin moden. Bangunan lama dirobohkan mulai Jun 2004 untuk dijadikan padang sekolah baharu; hanya Blok F dikekalkan dan diubah suai sebagai bangunan kelas prasekolah.

Nama sekolah diambil daripada Temenggong Abdul Rahman, salah seorang Temenggong Johor yang banyak menyumbang pembaharuan pada zaman Kesultanan Johor kurun ke-18.

Senarai Guru Besar

  • En. A. Wahid bin Sulaiman1957 – 1960
  • En. Toh Booh Chin1961 – 1969
  • En. P. V. Kulasingam1969 – 1972
  • En. A. Karim bin Zahari1973 – 1981
  • En. Ismail bin Omar1982 – 1983
  • En. Abdul Ghafar bin Yusuf1983 – 1985
  • Tn. Hj. Azhar bin Ibrahim1985 – 1991
  • En. Ahmad Aris bin Atlan1991 – 1993
  • Pn. Hjh. Zahrah bt. Hj. Omar1993 – 1995
  • En. Harun bin Abdullah1995 – 1997
  • En. Chua Kim Hock1997 – 2001
  • En. Mohd Ali bin Shukor2001 – 2002
  • Tn. Hj. Md. Sa’don bin Hj. Virdani2002 – 2003
  • En. Salim bin Ibrahim2003 – 2005
  • Tn. Hj. Wan Ab. Rahman bin Wan Long2005 – 2011
  • En. Salim bin Hj. Bakar2011 – 2019
  • Tn. Hj. Basiron bin Yusof2019 – 2021
  • En. Nazli Nazri bin Abu Hassan2021 – 2025
  • En. Zulkiflee bin Miswan2025 – kini

Lencana, warna & lagu sekolah

Lencana sekolah

Lencana rasmi SK Temenggong Abdul Rahman 1
STAR
SK Temenggong Abdul Rahman 1
Cogan kata
Kemahiran Asas Kehidupan
Lambang obor
Tanda menuju ke arah kemajuan
Johor Bahru
Ibu negeri Johor, tempat sekolah ini terletak

Warna sekolah

Merah
Api yang menyala — murid berhasrat meluaskan ilmu pengetahuan.
Biru
Suasana aman tenteram di sekitar sekolah.
Putih
Melambangkan kesucian dan kejujuran.

Lagu rasmi sekolah

Sentiasa Berusaha

Temenggong Abdul RahmanSekolah yang ku cinta, sentiasa berusahaItulah cogan kata, amalan kitaDari sekolah ini, kita dapat didikanBersama, belajar, di bidang pelajaranSeni budaya kita, juga lapangan sukanBersama bercita, mencapai kejayaanMuridnya berbagai bangsa, agama juga berbezaTujuan tetap bersama membina negaraCintakan negara sematkanlah di dadaRukun Negara amalkanlah sentiasaPada ibu bapa serta guru semuaHormatilah mereka di sepanjang masaMari tunaikan bersama, apa yang dicitakanSentiasa berusaha, kan tercapai kemajuan