Pengumuman
Waktu Persekolahan Sesi 2026
Diterbitkan 9 Januari 2026
Sesi persekolahan 2026 dijalankan pada sesi pagi sahaja dengan PdPC bermula 7.30 pagi setiap hari persekolahan.
Murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) tamat pada 1.00 tengah hari pada hari Isnin dan Selasa, 12.30 tengah hari pada hari Rabu dan Khamis, serta 12.00 tengah hari pada hari Jumaat.
Murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) tamat pada 1.30 tengah hari dari Isnin hingga Khamis dan 12.00 tengah hari pada hari Jumaat.
Waktu penuh boleh dirujuk di halaman Maklumat Ibu Bapa.
